>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>

 

PENGENALAN SISTEM

Fungsi sistem


Sistem COMPASS (Computerised Archived Systems and Services) secara amnya adalah untuk mengendalikan aliran kerja dan fungsi-fungsi utama Arkib Negara Malaysia (ANM), iaitu memproses bahan-bahan fail dan bukan fail bermula dari proses perolehan bahan dari agensi sehinggalah pengeluaran bahan dari gedung kepada penyelidik.

 

 

MODUL UTAMA COMPASS

 

Carta Aliran Sistem COMPASS

 

 

Penerangan modul secara terperinci seperti di bawah:

 

  1. Bahan Arkib

    Modul ini merupakan modul utama yang membantu memproses bahan-bahan fail dan bukan fail. Modul ini juga membantu pegawai Arkib Negara Malaysia dalam menguruskan pemindahan bahan untuk disimpan di ANM. Modul ini juga memproses nombor penerimaan secara automatik berdasarkan tahun penerimaan. Modul ini juga menentukan jenis bahan, kemasukan maklumat terperinci, maklumat deskripsi, pemberian kod klasifikasi dan percetakan label 'barcode'. Aktiviti dalam modul ini juga dapat membantu proses penyimpanan bahan-bahan di gedung.

  2. Pengurusan Gedung

Modul ini merupakan kawalan intelektual untuk merekod kedudukan ruang simpanan dari aspek fizikal, had muatan dan seterusnya menetapkan lokasi bagi setiap bahan dalam simpanan ANM di gedung. Setiap sub-modul mempunyai fungsi tersendiri seperti Pendaftaran dan kemaskini untuk Cawangan, Bangunan, Tingkat, Sekyen, Baris dan Ruang. Modul ini juga membantu membuat pergerakkan dan penyimpanan bahan. Modul ini memberi kemudahan untuk mengesan pergerakan bahan keluar dan masuk gedung.

  1. Capaian


Modul ini membantu ANM dan penyelidik berdaftar untuk memperolehi bahan-bahan dalam simpanan gedung berpandukan kepada sumber atau pengujud bagi maklumat atau rekod sedia ada.

Modul ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Capaian untuk kegunaan penyelidik berdaftar dan Capaian menerusi internet (WEB COMPASS) daripada laman WEB ARKIB untuk umum. Mudol ini juga membolehkan penyelidik berdaftar membuat pinjaman bahan.

  1. Khidmat Pengguna

Modul ini untuk mengurus maklumat penyelidik dan menjalankan pengesanan ke atas bahan-bahan yang di pinjam oleh penyelidik serta tajuk-tajuk yang terlibat. Modul ini juga mengendalikan perkhidmatan seperti Embargo Bahan, Salinan, Khidmat Penggunaan Kemudahan dan pelbagai untuk penyelidik.

  1. PRG

Modul ini berupaya mengurus dan menyimpan maklumat kerja-kerja pengawetan, penjilidan dan reprografi untuk bahan-bahan di ANM. Selain daripada itu modul PRG juga membolehkan pengurusan pemuliharaan dan menyediakan kemudahan permohonan secara online.

  1. Kursus

Modul ini digunakan untuk membantu pentadbiran dan pengurusan bagi Cawangan Latihan, menguruskan Pendaftaran, kedatangan, surat dan laporan bagi peserta latihan dari dalam negeri dan luar negara.

  1. Sistem Maklumat Eksekutif(SME)

Modul ini digunakan untuk membantu pentadbiran dan pengurusan ANM, mendapatkan maklumat mengenai senarai, ringkasan dan statistik bahan Arkib dengan lebih terperinci. Oleh itu , keseluruhan laporan di dalam sistem COMPASS semasa perlu diubahsuai.

 

PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM COMPASS

 

Perkakasan dan perisian yang diperlukan oleh Sistem Compass

  1. PC yang lengkap diinstall dengan Oracle 8i client
  2. Pentium III dan ke atas
  3. Microsoft Windows 2000 (Service Pack terkini)
  4. Microsoft Windows XP (Service Pack terkini)
  5. Sambungan ke Internet
  6. Icon Compass di skrin desktop PC

 

 

 

 

Kembali ke atas

 
Copyright © 2007 Arkib Negara Malaysia. All rights reserved.